awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petekma janji perkhidmatan lebih baik dengan pengekalan tambang baharu

Bernama
Bernama
23/03/2015
14:53 MYT
Petekma janji perkhidmatan lebih baik dengan pengekalan tambang baharu
Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) berjanji akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penumpang berikutan pengumuman kerajaan mengekalkan tambang baharu teksi.
Presiden Petekma Mohd Shahrir Abdul Aziz memberitahu beliau berjanji untuk menyegerakan pemasangan meter pada 23,000 teksi dalam pertubuhannya seperti yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Beliau percaya penumpang akhirnya akan menerima kenaikan tambang dan memahami kadar semasa tidak cukup untuk menampung kos operasi sesebuah teksi.
"Kebanyakan kami berterima kasih kepada Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan keputusan untuk mengekalkan tambang baharu yang diumumkan pada Khamis," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hari ini mengumumkan kadar tambang teksi baharu dikekalkan, selepas Kabinet meminta SPAD menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam, pada 21 Mac lepas.
Pada 19 Mac, SPAD mengumumkan kenaikan tambang teksi antara 20 ke 67 peratus berkuatkuasa serta merta sementara kenaikan 22.6 peratus tambang bas ekspress bermula 15 Mei depan.
Topic Berkaitan
#Mohd Shahrir Abdul Aziz
#Nancy Shukri
#Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia
#PETEKMA
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan