awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PETRA akan tambah TAPS atasi masalah bekalan air - Fadillah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/03/2024
03:28 MYT
PETRA akan tambah TAPS atasi masalah bekalan air - Fadillah
Fadillah (foto) berkata fungsi TAPS amat penting terutamanya ketika musim kemarau atau berlakunya pencemaran di sungai. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperbanyakkan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk menerima lebihan air sungai ketika musim hujan.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fungsi TAPS amat penting terutamanya ketika musim kemarau atau berlakunya pencemaran di sungai.
Menurutnya, sekiranya berlaku perkara sebegitu, takungan air tersebut akan dilepaskan ke sungai atau Loji Rawatan Air (LRA) bagi memastikan bekalan air dapat terus disalurkan kepada rakyat.
Selain itu, katanya, TAPS juga bertindak sebagai kawalan banjir ketika musim tengkujuh untuk menakung lebihan aliran air banjir.
“Usaha untuk memanfaatkan air banjir atau lebihan air hujan hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penyelesaian secara struktur seperti pembinaan empangan, struktur pembendung air (weir) atau kolam takungan seperti hybrid of river augmentation (HORAS).
“Itu yang sedang dilaksanakan di Sungai Klang dan Sungai Melaka,” katanya.
Dalam pada itu, Fadillah memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) juga sedang membangunkan Sistem Pengurusan Imbangan Air Negara (NAWABS) di 19 lembangan sungai.
Tambahnya, program itu memastikan fungsi sungai sebagai sumber air dikekalkan termasuklah tindakan mitigasi dan persediaan awal oleh pelbagai agensi.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan dibangkitkan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN - Rantau Panjang) berkenaan isu tersebut.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#bekalan air
#Fadillah Yusof
#loji rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan