awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Cabaran: Sabah lebur hasrat Harimau Kumbang dapatkan kelebihan agregat

Bernama
Bernama
04/04/2026
15:55 MYT
Piala Cabaran: Sabah lebur hasrat Harimau Kumbang dapatkan kelebihan agregat
Pemain Penang FC, Fatih Friday Obilor (kiri) mengawal bola semasa bertemu dengan Sabah FC pada perlawanan akhir pertama Piala MFL Piala Cabran di Stadium Bandaraya, George Town, pada Sabtu. - Gambar Bernama
Jaringan penyamaan Sabah FC pada masa kecederaan meleburkan hasrat Penang FC untuk membawa kelebihan ke Stadium Likas selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi final pertama Piala Cabaran 2025/2026 di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Sepakan penalti diberikan kepada Sabah FC selepas berlaku kekasaran di hadapan gawang apabila penjaga gol Penang FC, Mohamad Ramdhan Ab Hamid menjatuhkan pertahanan lawan Gabriel Peres pada masa kecederaan.

Gabriel yang mengambil sepakan itu tenang menyempurnakan peluang untuk menewaskan Mohamad Ramdhan sekali gus mengundang kekecewaan ribuan penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, Penang FC mendahului menerusi penyerang sensasi Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-71.

Gol berkenaan berpunca daripada hantaran jauh Faith Friday Obilor yang disambut kemas Dylan di dalam kotak penalti sebelum pemain berusia 28 tahun itu menyudahkan peluang dengan tenang menewaskan penjaga gol Sabah FC Damien Lim.
Terdahulu separuh masa pertama menyaksikan Harimau Kumbang bermula garang apabila dilihat mendominasi perlawanan sebaik wisel permainan dimulakan.

Dylan hampir membuka jaringan seawal minit pertama, namun percubaannya dari sebelah kiri berjaya diselamatkan Damien yang tangkas mengawal gawang.

Tuan rumah terus mengasak dengan beberapa peluang berbahaya yang dicipta Dylan, namun gagal menghasilkan jaringan.

Bersambung babak kedua, Penang FC terus memberi tekanan menerusi gerakan menarik antara Muhammad Firdaus Saiyadi dan Dylan pada minit ke-48, namun rembatan kaki kiri Dylan berjaya ditepis Damien.

Dylan akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-71 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Sabah FC kemudian meningkatkan asakan dan hampir menyamakan kedudukan, namun pertahanan kental Penang FC berjaya mengekang serangan pelawat.

Bagaimanapun, sepakan penalti pada minit ke-96 menyaksikan Sabah FC berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus memastikan kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang seimbang menjelang aksi final kedua.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada aksi final kedua di Stadium Likas pada 19 April ini.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Piala Cabaran
#final
#  pertama
#Sabah FC
#Penang FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan