awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Misi JDT belum selesai

Astro Arena
Astro Arena
14/02/2026
10:55 MYT
Piala Malaysia: Misi JDT belum selesai
Munoz sentiasa menuntut komitmen tinggi daripada pasukannya dalam setiap perlawanan dan percaya kemenangan ke atas Melaka mampu dijadikan suntikan semangat. - Gambar fail

MISI kami belum selesai, kata ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, meskipun pasukannya sudah selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam Melaka 5-0 dalam aksi suku akhir pertama di Iskandar Puteri malam tadi.

Baginya, bekalan 5 gol yang akan di bawa ke Stadium Hang Jebat pada 25 Februari ini bukan jaminan untuk Harimau Selatan berada di zon selesa, sebaliknya mereka perlu terus bekerja keras demi memastilkan prestasi pasukan di tahap terbaik.

Munoz sentiasa menuntut komitmen tinggi daripada pasukannya dalam setiap perlawanan dan percaya kemenangan yang diraih ke atas Melaka mampu dijadikan suntikan semangat menjelang aksi getir, perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Vissel Kobe pada Selasa ini.

"Ini adalah perkara terpenting, di mana ini adalah sikap yang kami perlu tunjukkan. Kami perlu berjuang dan hormat kepada lawan," katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Apabila kami bertandang ke laman mereka, kami perlu membariskan kesebelasan terbaik untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu.

"Sepanjang Februari ini, kami ada lapan atau sembilan perlawanan dalam tempoh 28 hari. Ia satu situasi yang sukar dan mengundang masalah, jadi amat penting untuk kami memiliki potensi penuh dalam skuad kami bagi menghadapi semua kejohanan."

Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi, tiga jaringan JDT disumbangkan penyerang import kelahiran Bosnia Herzegovina, Ajdin Mujagic, selain dua lagi jaringan, masing-masing menerusi penyudah Manuel Hidalgo dan Marcos Guilherme.

  • Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#JDT
#bola sepak
#Xisco Munoz
#Melaka
#prestasi pasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan