awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee

Bernama
Bernama
31/10/2024
20:30 MYT
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Lee berkata kempen kesedaran awam mengenai kebersihan makanan adalah penting kerana ia memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan yang berinformasi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat bagi melindungi kesihatan awam dan mengekalkan kepercayaan pengguna di negara ini, susulan peningkatan kes keracunan makanan di beberapa kawasan baru-baru ini.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata hukuman yang berat juga perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
"Penguatkuasaan undang-undang keselamatan makanan sedia ada mesti dilaksanakan dengan tegas. Pihak berkuasa perlu mengadakan pemeriksaan dengan lebih kerap dan teliti terhadap premis makanan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian kebersihan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau turut menggesa agar kursus pensijilan keselamatan makanan diwajibkan kepada semua pengendali makanan.
"Semua yang terlibat dalam penyediaan makanan perlu dilatih sepenuhnya dalam amalan pengendalian makanan yang selamat termasuk memahami kebersihan yang betul, menjaga kebersihan di kawasan penyediaan dan mematuhi garis panduan kawalan suhu," katanya.
Lee berkata pengusaha makanan perlu dipertanggungjawabkan memantau kesihatan petugas mereka secara berkala serta mendidik pengendali tentang risiko bekerja semasa sakit kerana jangkitan dalam kalangan pengendali makanan boleh merebak dengan cepat kepada pengguna.
Beliau berkata kempen kesedaran awam mengenai kebersihan makanan adalah penting kerana ia memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan yang berinformasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#piawaian keselamatan makanan
#kesihatan awam
#Lee Lam Thye
#kes keracunan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan