awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: Lebih 5.57 juta individu selesai terima dos penggalak

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2021
00:00 MYT
PICK: Lebih 5.57 juta individu selesai terima dos penggalak
Seramai 5.57 juta individu atau 17.1 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19. -Gambar fail/Bernama
SERAMAI 5.57 juta individu atau 17.1 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pada Isnin, terdapat pertambahan 120,092 individu yang telah melengkapkan suntikan dos penggalak.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.59 juta populasi keseluruhan atau 78.4 peratus lengkap divaksinasi.
Manakala 25.98 juta individu atau 79.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.84 juta individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 98.9 peratus atau 23.13 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.74 juta individu atau 87.3 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 128,433 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 56.95 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#suntikan vaksin
#dos penggalak
#populasi dewasa
#populasi remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan