awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa

Bernama
Bernama
18/03/2026
15:12 MYT
Pihak berkuasa Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa
Pihak berkuasa Israel telah mempertingkatkan tindakan penindasan terhadap jemaah dan mereka yang berada di tapak suci itu. - AP
Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki kepada jemaah Islam untuk hari ke-19 berturut-turut atas alasan keselamatan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Pihak berkuasa telah mempertingkatkan tindakan penindasan terhadap jemaah dan mereka yang berada di tapak suci itu. Polis pendudukan turut memperketat sekatan, termasuk menghalang akses ke halaman Sekolah Rashidiya.
Sementara itu, para jemaah terus menunaikan solat di pintu-pintu masuk masjid untuk malam kesembilan berturut-turut sebagai tanda protes terhadap penutupan berkenaan.
Pada Selasa malam, pasukan pendudukan menghalang penduduk daripada menunaikan solat sunat Tarawih di beberapa kawasan kejiranan di Baitulmuqaddis yang diduduki.
Pasukan tentera dikerahkan di sekitar Pintu Damsyik dan Pintu Herod, melarang jemaah daripada menunaikan solat Tarawih serta memaksa mereka meninggalkan kawasan itu dalam cubaan untuk menyuraikan sebarang perhimpunan bagi tujuan ibadah.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#solat tarawih
#Masjid Al-Aqsa
#Baitulmuqaddis
#jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan