awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Singapura tiada maklumat berhubung rakyatnya didakwa sertai IDF

Bernama
Bernama
19/02/2026
14:42 MYT
Pihak berkuasa Singapura tiada maklumat berhubung rakyatnya didakwa sertai IDF
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan bahawa ia tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan bahawa dua rakyat Singapura terlibat dalam pertempuran sebagai sebahagian daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF). - Gambar fail
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menyatakan bahawa ia tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan bahawa dua rakyat Singapura terlibat dalam pertempuran sebagai sebahagian daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF), lapor media tempatan.
Kementerian itu mengambil maklum mengenai laporan media asing yang mendakwa dua rakyat Singapura adalah antara individu yang bertempur untuk IDF di Gaza.
"MHA tidak mempunyai sebarang maklumat berasas pada ketika ini bahawa mana-mana rakyat Singapura sedang atau pernah bertempur sebagai sebahagian daripada IDF," kata kementerian itu seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times (ST) pada Khamis.
MHA berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada ST berhubung laporan pada 11 Feb yang diterbitkan oleh saluran kewartawanan penyiasatan British, Declassified UK.
Laporan itu menyatakan bahawa dua pemegang pasport Singapura adalah antara mereka yang dikenal pasti - seorang dilaporkan warganegara Singapura yang turut memegang kerakyatan Israel, manakala seorang lagi dikatakan memiliki pelbagai kewarganegaraaan.
Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan peranan yang didakwa dipikul oleh rakyat Singapura berkenaan atau tempoh penglibatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#IDF
#Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
#rakyat singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan