awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak bertindak luar batasan pada perhimpunan Anwar akan dikenal pasti

Bernama
Bernama
15/02/2015
12:57 MYT
Pihak bertindak luar batasan pada perhimpunan Anwar akan dikenal pasti
Seramai kira-kira 200 aktivis pelajar berkumpul di sekitar pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar Ibrahim. - Gambar Fail
Polis akan mengenal pasti pihak yang bertindak di luar batasan pada perhimpunan yang menyuarakan simpati terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara, semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan meneliti rakaman atau gambar situasi pada perhimpunan itu sebelum mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat.
"Setiap perhimpunan ada dokumen dan gambar mengenainya termasuk perbuatan janggal atau luar biasa yang berlaku. Kita akan cuba kenal pastinya menerusi gambar yang kita ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kejohanan boling Piala Ketua Polis Negara, di sini, hari ini.
Noor Rashid berkata polis sekali lagi mengingatkan para penyokong terbabit supaya sentiasa mematuhi undang-undang dalam mengadakan perhimpunan bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan.
Beliau berkata polis berpendirian tegas untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertindak di luar batasan termasuk melakukan penghinaan dan hasutan.
"Kita kena ingat bahawa mahkamah sudah pun mengadili Datuk Seri Anwar.
Penyokong yang tidak berpuas hati, saya nasihatkan supaya apa juga tindakan dan diluahkan mereka mestilah berada dalam lingkungan yang dibenarkan," katanya.
Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.
Sementara itu, mengenai kejohanan boling itu, beliau berkata ia dapat mengeratkan hubungan setiap anggota dalam pasukan polis.
Kejohanan empat hari bermula sejak 12 Feb lepas disertai 19 pasukan dengan kontinjen Kedah mendapat tempat pertama, diikuti Pulau Pinang, Perak dan Sabah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kenal pasti
#Noor Rashid Ibrahim
#perhimpunan
#polis
#simpati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan