awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pimpinan prakemerdekaan Sarawak buat keputusan sesuai dengan keadaan - Abang Johari

Bernama
Bernama
30/08/2021
16:15 MYT
Pimpinan prakemerdekaan Sarawak buat keputusan sesuai dengan keadaan - Abang Johari
Abang Johari berkata keputusan itu dibuat dengan harapan Sarawak dapat mengikuti jejak langkah Malaya yang sudah mencapai sedikit kemajuan. - Gambar fail
KUCHING: Para pemimpin Sarawak sewaktu era prakemerdekaan telah membuat keputusan yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan geopolitik ketika itu untuk membawa Sarawak agar bersama-sama Malaya dan Sabah menubuhkan Malaysia.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dibuat dengan harapan Sarawak dapat mengikuti jejak langkah Malaya yang sudah mencapai sedikit kemajuan dan semangat pemimpin terdahulu dapat diteruskan oleh anak jati Bumi Kenyalang ketika ini untuk menjadikan negeri mereka maju serta berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Peluang untuk berjaya ada di mana-mana dan dengan berbekalkan ilmu, kemahiran, kebolehan dan sikap yang betul, saya pasti semua kita sama-sama boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi," menurutnya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan yang akan disambut esok.
Beliau berkata pada masa dahulu, ancaman terhadap keselamatan dan kestabilan negara terutama Sarawak datangnya daripada anasir yang menyebarkan ideologi serta bertindak melalui ancaman bersenjata.
"Ancaman ideologi belum lagi berakhir khususnya oleh negara Barat," katanya sambil menasihati semua pihak agar tidak membawa anasir luar melalui NGO tertentu untuk menggugat kestabilan sosial dan politik negeri.
Abang Johari berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan beliau sentiasa terbuka untuk berbincang secara ikhlas dengan mana-mana pihak bagi menyelesaikan apa sahaja permasalahan yang mungkin dihadapi demi kepentingan rakyat dan negeri itu.
"Orang asing atau orang luar yang cuba mempengaruhi kita dengan pelbagai alasan tidak akan bersama kita sehingga ke penghujungnya," katanya.
Timbalan Ketua Menteri I Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam perutusannya berkata 2021 menjadi tahun kedua yang mencabar rakyat untuk terus berjuang memerangi penularan COVID-19.
"Keazaman dan komitmen setiap rakyat amat dihargai dan ia merupakan perjuangan yang luhur dan patriotik kepada negara," katanya.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pula meminta generasi muda rakyat Malaysia untuk menghayati perjuangan pemimpin terdahulu yang telah menghadiahkan sebuah negara yang aman dan makmur.
"Semangat Persekutuan Malaysia ini harus difahami generasi muda kita bahawa hanya dengan persefahaman dan semangat kesatuan, kita akan berupaya memacu negara kita terus ke hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#kemerdekaan
#prakemerdekaan
#Abang Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan