awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PIN 6-digit diperlukan untuk transaksi tanpa sentuhan melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017

Bernama
Bernama
20/01/2017
06:50 MYT
PIN 6-digit diperlukan untuk transaksi tanpa sentuhan melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017
CIMB berkata setiap transaksi hanya boleh dibuat apabila kad debit tanpa sentuhan diimbas dalam jarak 4sm atau diletakkan pada pembaca kad tanpa sentuhan, katanya.
Pemegang kad debit tanpa sentuhan perlu memasukkan nombor pengenalan peribadi enam angka (PIN) untuk urus niaga melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017, kata CIMB Bank Bhd (CIMB).
Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata pada masa ini, setiap transaksi tanpa sentuhan terhad kepada RM250, dan tandatangan atau PIN diperlukan untuk transaksi melebihi jumlah itu.
"Juga ada kawalan mengelak penipuan dalam sistem kami, yang akan mengesan dan menangani transaksi yang tidak dibenarkan berdasarkan logik tertentu yang ditetapkan oleh bank," katanya.
CIMB Bank berkata demikian sebagai respon kepada laporan media sosial bahawa data dalam kad tanpa sentuhan boleh 'dicuri'.
Bank itu berkata setiap transaksi tanpa sentuhan mengandungi kod unik yang bertukar bagi setiap pembelian, dan hanya boleh digunakan sekali sahaja, dan hanya boleh dijana oleh cip dalam kad tanpa sentuhan yang asal.
"Ini menghalang kad palsu daripada dikeluarkan dan digunakan hasil daripada pintasan butiran keselamatan kad," katanya.
CIMB berkata setiap transaksi hanya boleh dibuat apabila kad debit tanpa sentuhan diimbas dalam jarak 4sm atau diletakkan pada pembaca kad tanpa sentuhan, katanya.
Menurut CIMB terminal tanpa sentuhan hanya boleh memproses satu transaksi pada sesuatu masa dan pedagang juga mesti terlebih dahulu memasukkan jumlah transaksi untuk diluluskan oleh pemegang kad.
"Oleh itu, pelanggan hanya akan dibilkan sekali bagi transaksi itu," katanya dan menolak kemungkinan berlaku dua pembayaran apabila kad itu diimbas dua kali pada pembaca kad.
Bagi mereka yang mempunyai dua kad tanpa sentuhan dalam dompet, dan dompet itu diimbas pada pembaca tanpa sentuhan, CIMB berkata, tiada urus niaga akan berjaya apabila pembaca kad mengesan lebih daripada satu kad.
"Anda perlu melakukan transaksi sekali lagi dengan kad yang berkaitan," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#cimb bank
#kad debit
#nombor pengenalan peribadi enam angka
#PIN
#urus niaga melebihi RM250
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan