awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinda garis panduan: LPF pelawa penggiat industri kreatif sertai sesi libat urus

Bernama
Bernama
09/02/2023
21:20 MYT
Pinda garis panduan: LPF pelawa penggiat industri kreatif sertai sesi libat urus
LPF mempelawa penggiat industri kreatif menyertai sesi libat urus bagi memberi maklum balas mereka mengenai pindaan Garis Panduan LPF yang diusahakan sejak dua tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Lembaga Penapis Filem (LPF) mempelawa penggiat industri kreatif menyertai sesi libat urus bagi memberi maklum balas mereka mengenai pindaan Garis Panduan LPF yang diusahakan sejak dua tahun lepas.
Pengerusi LPF Datuk Mohd Dusuki Ya'acob berkata maklum balas itu penting agar LPF dapat memperbaiki mutu perkhidmatan mereka agar sesuai dengan kehendak semasa industri kreatif seiring dengan peredaran zaman dan situasi semasa.
Beliau berkata kali terakhir Garis Panduan LPF dipinda ialah pada 2010.
"Kini Garis Panduan LPF sudahpun berada di peringkat akhir. Bagaimanapun, kita masih memerlukan input dan maklumat daripada industri untuk menambah baik Garis Panduan sedia ada.
"Kita bersikap terbuka untuk mendengar semua pandangan mereka... dan kita hendak tahu apa yang mereka mahukan dalam Garis Panduan baharu.
"Dari situ, baru akan wujud persefahaman bersama," katanya kepada pemberita selepas Taklimat LPF Berkenaan Dengan Pelaksanaan Klasifikasi Filem 2023 di sini pada Khamis.
Lebih 100 penggiat industri kreatif tempatan hadir dalam sesi taklimat itu untuk mendengar lebih lanjut mengenai pelaksanaan Klasifikasi Filem 2023 yang berkuat kuasa 1 Feb lepas.
Mohd Dusuki juga berkata selepas memperoleh semua pandangan daripada industri, LPF akan mengadakan satu lagi sesi libat urus bersama mereka sebelum pindaan itu dibawa kepada pengurusan dan Kementerian Dalam Negeri untuk pengendorsan.
Bagaimanapun, beliau berkata garis panduan yang digubal masih mengekalkan empat tonggak utama iaitu keselamatan, agama, bangsa dan budaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LPF
#pindaan Garis Panduan LPF
#sesi libat urus
#Mohd Dusuki Ya'acob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan