awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta 141 beri kuasa kepada FAMA main peranan pasarkan komoditi ternakan

Bernama
Bernama
26/09/2022
21:15 MYT
Pindaan Akta 141 beri kuasa kepada FAMA main peranan pasarkan komoditi ternakan
Pindaan berkenaan juga, akan memberi peluang kepada penternak untuk memasarkan produk ternakan mereka, melalui agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu. - Gambar hiasan
ARAU: Pindaan Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Pindaan 2022) (Akta 141) yang diwartakan pada 6 Sept, memberi kuasa kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), memainkan peranan dalam pengedaran komoditi ternakan.
Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata melalui pindaan berkenaan juga, akan memberi peluang kepada penternak untuk memasarkan produk ternakan mereka, melalui agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu.
"Sejak Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara dibubarkan pada 1983, tiada mana-mana agensi mengambil alih peranan tersebut (pemasaran ternakan). Sebagai contoh, ketika pandemik COVID-19 melanda negara, terdapat beberapa pasaran komoditi ternakan negara terjejas.
"Antara komoditi ternakan yang terjejas ialah pasaran ayam kampung dan burung puyuh. Jadi menerusi pindaan ini (Akta 141), membolehkan elemen ternakan diberikan kepada FAMA untuk membantu penternak memasarkan produk mereka," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Zainal Abidin berkata demikian selepas merasmikan penutupan Kursus 'New Breed Marketing Enterpreneur' (NBME) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis yang disertai 350 orang pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.
Turut hadir, Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan dan Pengarah FAMA Perlis Mohd Sharizan Mansor.
Terdahulu, Zainal Abidin turut melancarkan K-Shoppe dan kafe Kopi Kampus di PTSS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#Pindaan Akta 141
#ternakan
#pemasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan