awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pkharuddin dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Bernama
Bernama
01/10/2022
01:50 MYT
Pkharuddin dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu
Pkharuddin dilantik menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan ke-19, berkuat kuasa 23 Sept lepas.
Pkharuddin, 59, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum) menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai.
Menurut KPM, Pkharuddin telah berkhidmat di pelbagai organisasi kementerian itu dalam tempoh 33 tahun perkhidmatannya, antaranya sebagai Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.
"Pkharuddin diyakini dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara ke tahap lebih tinggi," menurut KPM dalam kenyataan pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Pkharuddin Ghazali
#KPM
#Nor Zamani Abdol Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan