awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKNS tubuh jawatankuasa siasat jambatan runtuh

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
12:02 MYT
PKNS tubuh jawatankuasa siasat jambatan runtuh
Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor 2 yang runtuh petang tadi.
Persetujuan juga telah dicapai dengan pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk melantik perunding bebas bagi menyiasat kerosakan di persimpangan bertingkat tersebut.
Menurut pengurus besar PKNS, Othman Omar, pihaknya akan menjalankan kerja-kerja baik pulih kawasan tersebut dengan kadar segera.
"Kita mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan diikuti dengan kerja-kerja pembaikan menyeluruh yang akan kita jangka mengambil masa dalam tempoh lapan bulan,” kata beliau.
Sementara itu Othman turut menasihatkan pengguna lebuhraya tersebut supaya mencari jalan alternatif lain buat waktu ini.
Dalam insiden runtuhan tersebut, jambatan itu jatuh ke sebahagian lebuh raya milik PLUS yang sudah ditutup sejak November lalu kerana masalah tanah mendap.
Namun kejadian berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Persimpangan bertingkat itu mula dibina pada Oktober 2007 dan mula beroperasi pada November 2009.
Topic Berkaitan
#jambatan
#PKNS
#runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan