awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP di dua daerah di Sarawak, Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan dikenakan PKPD

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
31/01/2021
10:59 MYT
PKP di dua daerah di Sarawak, Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan dikenakan PKPD
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah susulan peningkatan kes mendadak di kawasan-kawasan terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Dua daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan di Kluang, Johor pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di kawasan-kawasan terbabit.
"Dua daerah di Sarawak adalah Song dan Kapit, yang mana PKP akan bermula dari 2 Februari hingga 15 Februari.
"Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan pula akan dikenakan PKPD bermula 1 hingga 14 Februari.
"SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.
"SOP PKP pula sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dua wakil isi rumah, pergerakan kecemasan dengan kebenaran PDRM dan aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 8:00 malam," katanya dalam kenyataan media harian.
Pelaksanaan PKP dan PKPD ini, tambahnya, akan membantu memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan secara bersasar untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPD
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Kluang
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan