awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: TGV Cinemas tutup sementara operasi semua pawagam di seluruh negara

Fareez Azman
Fareez Azman
13/01/2021
06:29 MYT
PKP: TGV Cinemas tutup sementara operasi semua pawagam di seluruh negara
Syarikat itu turut menzahirkan ucapan penghargaan buat semua pihak terutamanya pelanggan yang sentiasa memberi sokongan terhadap TGV Cinemas. - Foto: Facebook TGV Cinemas
KUALA LUMPUR:TGV Cinemas menutup 37 pawagam di seluruh negara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada Rabu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media pada Selasa.
"Berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, TGV Cinemas menutup sementara operasi semua pawagam di seluruh Malaysia bermula 13 Januari 2021 sehingga diberitahu kelak.
"Pawagam menjadi pilihan hiburan jutaan rakyat Malaysia, tetapi keselamatan dan kesihatan pelanggan menjadi keutamaan TGV.
"TGV menyokong tindakan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan akan terus memantau keadaan semasa untuk tindakan selanjutnya," jelas kenyataan itu.
Syarikat itu turut menzahirkan ucapan penghargaan buat semua pihak terutamanya pelanggan yang sentiasa memberi sokongan terhadap TGV Cinemas.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 sehingga 26 Januari depan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#rakyat Malaysia
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pandemik
#keselamatan
#menteri
#hiburan
#COVID-19
#Malaysia
#TGV Cinemas
#pawagam
#Pengoperasian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan