awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: 1,408 PATI, 14 tekong ditahan kerana cuba ceroboh sempadan negara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/05/2020
07:18 MYT
PKPB: 1,408 PATI, 14 tekong ditahan kerana cuba ceroboh sempadan negara
Kerajaan memandang serius cubaan beberapa pihak untuk membolosi sempadan negara termasuk melalui lorong-lorong tikus. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa telah menahan 14 tekong kerana cuba membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke dalam negara ini secara haram di lorong-lorong tikus.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut ditahan adalah 1,408 orang PATI.
“Kerajaan memandang serius percubaan beberapa pihak untuk membolosi sempadan negara termasuk melalui lorong-lorong tikus.
"Dari 1 Mei sehingga 15 Mei 2020, agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mengawal kawasan sempadan seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah berjaya menangkap 1,408 pendatang asing tanpa izin yang cuba memasuki negara ini secara haram melalui lorong-lorong tikus, darat dan laut,” katanya lagi.
Ismail Sabri berkata, kerajaan akan terus memantau dan mengetatkan kawalan di sempadan darat dan laut, terutamanya di lorong-lorong tikus bagi menyekat kemasukan PATI dan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga semalam, 232 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 231 pada hari sebelumnya yang mana 14,219 individu sedang menjalani kuarantin wajib.
Ismail Sabri berkata, terdapat 975 orang rakyat Malaysia telah kembali pulang ke negara semalam dan mereka juga sedang menjalani kuarantin wajib.
Sehingga hari ini katanya lagi, 28,330 individu telah pun selesai menjalani kuarantin wajib dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#APMM
#COVID-19
#Imigresen
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#kluster keselamatan
#koronavirus
#kuarantin wajib
#Menteri Kanan
#pati
#pendatang tanpa izin
#PKPB
#rakyat Malaysia
#tekong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan