awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD empat mukim di Perak: Hanya 12 jemaah dibenar solat di masjid, surau

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/05/2021
15:05 MYT
PKPD empat mukim di Perak: Hanya 12 jemaah dibenar solat di masjid, surau
Hanya 12 orang sahaja dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau yang terletak di empat mukim yang dikenakan PKPD. - Gambar fail
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan titah perkenan bahawa hanya 12 orang sahaja dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau yang terletak di empat mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa 22 Mei hingga 4 Jun.
Empat mukim itu ialah Pengkalan Hulu di Daerah Hulu Perak; Taiping di Daerah Larut, Matang dan Selama; Hulu Kinta (meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) di Daerah Kinta dan Hulu Bernam Timur di Daerah Muallim.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, Sultan Nazrin menzahirkan titah perkenan itu setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, solat Jumaat dibenarkan di masjid dan surau diri Jumaat sahaja dengan bilangan jemaah seramai 12 orang terbatas kepada pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah sahaja.
“Bagi ahli kariah yang lain, hendaklah solat Zohor bagi menggantikan solat Jumaat di rumah masing-masing,” katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan hari ini.
Mohd Yusop berkata. solat fardu dan solat jenazah pula dibenarkan di masjid, surau diri Jumaat dan surau sahaja, juga dengan bilangan jemaah seramai 12 orang terbatas kepada pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah sahaja.
Menurutnya, bilal yang bertugas hendaklah membuat pengumuman selepas azan seperti berikut:-
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Azan sebentar tadi menandakan masuknya waktu solat fardu... Sehubungan itu, para ahli kariah disarankan untuk mendirikan solat berjemaah bersama ahli keluarga masing-masing di rumah."
Katanya, tiada aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti kelas agama dan kuliah pengajian.
Beliau berharap pihak pengurusan masjid dan surau dapat mematuhi pekeliling yang dikeluarkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak penyakit, menetapkan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan bagi memastikan kesihatan awam tidak terjejas.
Dalam pada itu, Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk turut mengeluarkan panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurusan masjid dan surau di di kawasan yang terbabit.
Antara panduan itu ialah pemakaian pelitup muka, pendaftaran melalui MySejahtera atau buku, mengambil bacaan suhu, jarak fizikal satu meter, membawa sejadah bersaiz besar, tidak membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun dan mengambil wuduk dari rumah.
Mana-mana masjid, surau diri jumaat dan surau yang melanggar dan tidak mematuhi arahan itu, boleh dikenakan tindakan dan kebenaran melaksanakan aktiviti keagamaan boleh ditarik balik serta merta.
Topic Berkaitan
#solat
#PKPD
#PKPD Perak
#empat mukim
#masjid
#surau
#Solat Jumaat
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#JAIPk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan