awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Medan 88: Penduduk 'lari' digesa tampil buat saringan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2020
11:51 MYT
PKPD Medan 88: Penduduk 'lari' digesa tampil buat saringan COVID-19
KKM juga melahirkan kebimbangan dengan tindakan individu yang dipercayai PATI yang melarikan diri selepas pengumuman PKPD di kawasan itu. -Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA :Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan penduduk yang terperangkap atau gagal dikesan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi tampil membuat saringan COVID-19 disediakan secara percuma.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengumuman lebih awal menyebabkan ada sesetengah penduduk di kawasan berkenaan mula bergerak ke lokasi lain.
"Memang betul kalau kita umumkan terlalu awal, mungkin ada yang bergerak dan meninggalkan kawasan tersebut. Namun mungkin juga ada yang terperangkap (di kawasan lain) dan duduk di situ misalnya mungkin mereka duduk di hotel dan terperangkap 14 hari.
BACA: PKPD Medan 88, Salak Tinggi: 400 penduduk gagal dikesan
BACA: COVID-19: 919 kes baharu, satu kematian
"Namun kita nasihatkan mereka tampil untuk saringan sebab saringan dilakukan KKM ini adalah percuma. Kalau mereka bayar sendiri, maka mereka akan dikenakan bayaran kira-kira RM300," katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 di sini pada Khamis.
Pada masa sama, KKM juga melahirkan kebimbangan dengan tindakan individu yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri selepas pengumuman PKPD di kawasan itu.
BACA: COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikenal pasti, tiga kluster diisytihar tamat
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
BACA: Kes baharu kekal tiga digit, ini lima tumpuan sidang media COVID-19
"Di kawasan itu ada ramai pekerja asing. Mereka yang tak lari, kita bantu lakukan saringan. Namun kita rasa mereka yang lari ialah PATI sebab bimbang kena tahan dengan Jabatan Imigresen. Kita akan jejak mereka untuk tampil," tambahnya.
Topic Berkaitan
#KKM
#PKPD
#Medan 88
#Bandar Baru Salak Tinggi
#Sepang
#Selangor
#Malaysia
#COVID-19
#pati
#saringan percuma
#polis
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan