awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Pentadbiran di Sabah? Keputusan hari ini - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2020
04:53 MYT
PKPD Pentadbiran di Sabah? Keputusan hari ini - Dr Noor Hisham
Kerajaan tidak boleh melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bagi memberi hak dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi serta memilih pentadbiran baharu. - Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Keputusan berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Sabah berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu akan diketahui hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan dan sebarang ketetapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Dr Noor Hisham mengakui penularan wabak COVID-19 di Sabah membimbangkan apabila dua lagi kluster baharu dikenalpasti iaitu kluster Buang Sayang di Sipitang dan Kampung Sakong di Semporna.
"Keputusan sama ada kerajaan melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran di Sabah, dijangka akan diumumkan petang ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jururawat Kanser Payudara Malaysia Ke-7 di Institut Kanser Putrajaya di sini, hari ini.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bagi memberi hak dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi serta memilih pentadbiran baharu.
Katanya, memandangkan PRN Sabah sudah berakhir, PKPD Secara Pentadbiran boleh dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak pendemik itu terus menular.
Sejumlah empat kluster dikenalpasti di Sabah sebelum ini iaitu Kluster Benteng LD, Bangau -Bangau, Bakau dan Pulau.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#PKPD pentadbiran
#Sabah
#Sabah Memilih
#PRN Sabah
#Pilihan Sabah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan