awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR harungi pelbagai cabaran, kekal teguh selepas 27 tahun - Fahmi

Bernama
Bernama
04/04/2026
07:52 MYT
PKR harungi pelbagai cabaran, kekal teguh selepas 27 tahun - Fahmi
Menurut Fahmi, meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, parti itu tetap berdiri teguh hasil daripada keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan yang tidak pernah padam. - Gambar fail/Bernama
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal teguh selepas 27 tahun berdepan pelbagai cabaran dalam arena politik tanah air sejak diasaskan pada 4 April 1999.

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, parti itu tetap berdiri teguh hasil daripada keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan yang tidak pernah padam.

"KEADILAN (PKR) lahir daripada semangat reformasi, dalam satu usaha untuk tegakkan keadilan, lawan kezaliman, pertahankan suara rakyat dan membina sebuah Malaysia yang lebih adil, demokratik dan berintegriti.

"Perjalanan ini bukan mudah. Kita telah lalui pelbagai ujian, cabaran dan liku. Berkat keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan, KEADILAN terus berdiri, terus mara, dan terus menjadi wadah harapan buat rakyat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook sempena ulang tahun ke-27 parti itu.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata sambutan ulang tahun itu menjadi peringatan bahawa agenda reformasi masih perlu diteruskan demi masa depan negara.

"Semangat reformasi itu masih terus hidup, dan perjuangan kita masih belum selesai. Selamat ulang tahun ke-27 KEADILAN. Semoga panji reformasi terus berkibar," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#PKR
#reformasi
#politik
#ulang tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan