awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KL, 10 negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat hingga 8 malam ini
PKR nafi dakwaan bertanding solo pada PRN Johor
Kerajaan MADANI tingkat peruntukan Kelantan kepada RM8 bilion - PM Anwar

PKR nafi dakwaan bertanding solo pada PRN Johor

Bernama
Bernama
18/04/2026
10:04 MYT
PKR nafi dakwaan bertanding solo pada PRN Johor
Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak tepat, bersifat spekulatif serta tidak mencerminkan kedudukan sebenar perbincangan di peringkat parti mahupun Pakatan Harapan (PH). - Gambar fail
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah portal dalam talian yang mendakwa parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak tepat, bersifat spekulatif serta tidak mencerminkan kedudukan sebenar perbincangan di peringkat parti mahupun Pakatan Harapan (PH).
“PKR Johor terus komited memperkukuh kerjasama bersama rakan-rakan komponen dalam PH, khususnya di Johor ini demi memastikan kestabilan dan kelangsungan agenda reformasi untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata sebarang pertimbangan berkaitan strategi menghadapi PRN Johor akan ditentukan melalui proses perundingan yang tersusun di peringkat dalaman pimpinan parti dan dibincangkan juga di peringkat PH negeri serta nasional.
Dr Zaliha berkata keutamaan parti ketika ini adalah memperkukuh gerak kerja di lapangan dan menyokong dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang memberi manfaat kepada rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global.
Sementara itu, di KOTA BHARU, Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh turut senada dan menyifatkan laporan portal berkenaan tidak benar serta mengelirukan kerana tiada sebarang isyarat menunjukkan parti itu akan bergerak bersendirian.
“Tidak ada pun usaha atau ura-ura yang mengatakan PKR akan bertanding solo,” katanya selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah MADANI di Kota Bharu.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan PKR akan bertanding di bawah gabungan PH pada PRN itu kelak.
Tempoh pentadbiran kerajaan negeri Johor hanya akan tamat pada April 2027 seterusnya memberi laluan kepada PRN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#PKR
#PRN Johor
#PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.