awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR rakam takziah kepada Karpal, keluarga dan DAP

Haider Yutim
Haider Yutim
17/04/2014
01:45 MYT
PKR rakam takziah kepada Karpal, keluarga dan DAP
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini merakamkan takziah kepada bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Gopeng awal pagi tadi.
"PKR turut memanjangkan ucapan takziah kepada rakan-rakan seperjuangan dalam DAP yang kehilangan seorang pemimpin yang cukup hebat, disayangi kawan dan disegani lawan," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam sebuah kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, Karpal semasa hidupnya merupakan seorang pejuang hak asasi serta peguam yang sentiasa mempertahankan Perlembagaan.
Selain itu, Fahmi turut menyifatkan Karpal sebagai seorang pemimpin yang berprinsip dan berintegriti yang sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia demi perubahan yang lebih baik.
Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.
Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.
Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal, dan pembantu peribadinya Michael, maut di tempat kejadian.
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Karpal Singh
#Keadilan
#PKR
#takziah
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan