awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKRC kampus kesihatan USM tempatkan 500 pesakit dibuka minggu depan

Bernama
Bernama
29/04/2021
20:00 MYT
PKRC kampus kesihatan USM tempatkan 500 pesakit dibuka minggu depan
Mohd Azman (kiri) bersama Wan Shamshul Annuar (tengah) melihat persiapan PKRC Kota Bharu ke-6. - BERNAMA
KOTA BHARU: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) keenam di Kelantan yang mampu menempatkan 500 pesakit sedang disiapkan dan dijangka mula beroperasi minggu depan.
Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata PKRC terbaharu, yang merupakan hasil kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) itu, bertempat di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di sini.
"Pusat terbaharu dan terbesar setakat ini di Kelantan itu yang dikenali sebagai PKRC Kampus Kesihatan USM akan menempatkan 500 pesakit lelaki dari sekitar Kota Bharu serta dari mana-mana kawasan kluster pada satu-satu masa.
"Kerja-Kerja penyediaan pusat ini bermula pada Khamis, sejumlah 250 katil dua tingkat sudah tiba dari Kuala Lumpur dan mula ditempatkan di pusat ini. Insya-Allah, kita jangka PKRC ini boleh dibuka pada 2 atau 3 Mei depan," katanya kepada Bernama.
Pembukaan PKRC Kampus Kesihatan USM turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Azman yang juga Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Raja Perempuan Zainab II berkata PKRC terbaharu itu perlu dibuka memandangkan kapasiti di lima lagi pusat yang sama sudah hampir penuh.
"Kapasiti di lima PKRC sudah hampir penuh, sebagai contoh di PKRC Kolej Jururawat Kota Bharu cuma tinggal satu katil kosong daripada 170 katil dan PKRC di Kompleks Belia dan Sukan, Panji pula cuma tinggal tujuh katil daripada 196 katil.
"Di Dewan Jubli Perak pula tinggal 35 katil daripada 150 katil dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) tinggal 55 katil daripada 200 katil yang disediakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKRC
#Kelantan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#perubatan
#Universiti Sains Malaysia
#Mohd Azman Yacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan