awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS mengalu-alukan pembukaan semula sempadan, fasa endemik

Kenyataan Media
Kenyataan Media
08/03/2022
12:07 MYT
PKS mengalu-alukan pembukaan semula sempadan, fasa endemik
William berkata, semua PKS daripada industri selain pelancongan turut akan mendapat manfaat daripada pembukaan sempadan negara. - Gambar fail/ Bernama
PERSATUAN Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai 1 April 2022.
2. Pembukaan semula sempadan akan membantu pemulihan ekonomi negara. Ekonomi kita berkembang pada kadar 3.1 peratus tahun lepas berbanding penurunan 5.6 peratus pada 2020. Ini ekoran penutupan berpanjangan ditambah pula dengan penutupan berterusan sempadan negara. Dengan penarikan balik sekatan seperti kuarantin mandatori, sasaran pertumbuhan KDNK 5.5 - 6.0 peratus untuk 2022 menjadi lebih realistik.
3. Selain sektor pelancongan, semua PKS dari industri lain turut akan mendapat manfaat daripada pembukaan sempadan melalui fasilitasi perdagangan dan perniagaan yang lebih teratur.
4. Pada 20 Februari 2022, Samenta menggesa pembukaan semula sempadan dan peralihan ke fasa endemik secara secepat mungkin. Kami sukacita bahawa tarikh untuk kedua-duanya sudahpun diumum hari ini. Ini adalah isyarat jelas bahawa negara tidak akan kembali kepada ketidaktentuan seperti sebelum ini dan iklim perniagaan yang sukar seperti yang dialami semasa pelbagai perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 dan 2021.
5. Pemulihan PKS masih lagi terjejas. Pengumuman hari ini dapat membantu menyokong pemulihan PKS, tetapi lebih banyak bantuan dalam bentuk pembiayaan automasi dan prapenghantaran akan diperlukan kerana produktiviti yang lembap dan kekangan aliran tunai kekal sebagai cabaran utama bagi PKS di seluruh negara
DATUK WILLIAM NG Pengerusi Samenta
Topic Berkaitan
#SAMENTA
#pembukaan sempadan
#PKS
#WILLIAM NG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan