awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM akhiri kunjungan di Azerbaijan, berlepas ke Turkmenistan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/10/2019
15:11 MYT
PM akhiri kunjungan di Azerbaijan, berlepas ke Turkmenistan
Tun Dr Mahathir meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan selepas mengakhiri kunjungan tiga hari di Azerbaijan. - Foto Astro AWANI/Hasimu Muhamad
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan selepas mengakhiri kunjungan tiga hari di Azerbaijan, pada Sabtu.
Sebelum itu, Dr Mahathir tiba di republik ini pada 24 Oktober bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, yang bermula pada 25 Oktober.
Pesawat khas membawa Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hayder Aliyev pada jam 7.30 malam waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia).
Perdana Menteri @chedetofficial mengakhiri kunjungan tiga hari di Azerbaijan, dan meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan. @501Awani pic.twitter.com/nhTkxTxjlw
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) October 26, 2019
Dr Mahathir dijangka tiba di Ashgabat kira-kira jam 9 malam ini waktu tempatan (kira-kira jam 12 tengah malam waktu Malaysia).
BACA: Tun Mahathir kembali ke Ashgabat selepas 25 tahun
Program lawatan rasmi Perdana Menteri bermula Ahad dengan majlis sambutan di Istana Presiden.
Ia diikuti dengan Mesyuarat Terhad antara Dr Mahathir dan Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov, seterusnya Mesyuarat Delegasi, dan diakhiri dengan kenyataan bersama daripada kedua-dua pemimpin.
Topic Berkaitan
#Ashgabat
#Azerbaijan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Hayder Aliyev
#lawatan rasmi
#Mahathir Mohamad
#NAM
#Perdana Menteri
#Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov
#Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
#Siti Hasmah Mohd Ali
#Turkmenistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan