awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar dedah cubaan jatuhkan kerajaan guna media, institusi antarabangsa termasuk Zionis

Astro AWANI
Astro AWANI
03/03/2026
04:08 MYT
PM Anwar dedah cubaan jatuhkan kerajaan guna media, institusi  antarabangsa termasuk Zionis
Perdana Menteri Anwar ketika hadir pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada.
Menurut laporan awal, beliau berkata, syarikat, badan dan tokoh yang terlibat dalam gerakan berkenaan telah mengadakan enam perjumpaan sepanjang 2025, sama ada di dalam mahupun luar negara.
“Dalam tempoh itu, strategi mereka untuk mendapatkan maklumat dan mempengaruhi melalui meja bulat antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, dan seterusnya menggerakkan international push. Kemudian, maklumkan Bloomberg (media antarabangsa) bagi tindakan selanjutnya.
“Strategi mereka seterusnya ialah menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan, khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) serta menggunakan kekuatan dan kontak dengan negara-negara luar dengan tujuan memberi naratif mempertikai kewibawaan negara dan kerajaan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai status siasatan PDRM berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan, ancamannya terhadap demokrasi berparlimen pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, selain gerakan melalui media antarabangsa bagi menerbitkan artikel yang mempertikai kerajaan dan pegawai bank untuk menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi negara, terdapat juga fakta bahawa kelompok itu menggunakan hubungan bersama Ahli Parlimen untuk mencipta naratif tertentu.
“Disebut di situ untuk memanfaatkan hubungan antara ahli Parlimen untuk menggugat, menetapkan dan mempengaruhi soalan-soalan yang akan dibangkitkan di Parliament tentang isu ini.
“Kemudian memuji, cari jalan menggunakan seluruh rangkaian media antarabangsa, khususnya Bloomberg untuk memuji tokoh tertentu yang sedang dalam siasatan, termasuk kes rasuah, serta mendesak supaya individu berkenaan diberikan penghormatan dan pujian,” katanya.
Anwar berkata cubaan untuk menjatuhkan kerajaan itu dipercayai didorong oleh beberapa siri siasatan rasuah berskala besar yang sedang dijalankan oleh SPRM.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#jatuhkan kerajaan
#Zionis
#media antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan