awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

Bernama
Bernama
01/05/2024
08:15 MYT
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Anwar berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan. -Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan.
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
"...kenalah fikir - penjawat awam ada KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), ada KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Kesatuan CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam), jangan lupa MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).
"... tetapi ada yang tidak diwakili langsung. Sebab itu Suruhanjaya Pekerja Gig Malaysia itu perlu dan minta disegerakanlah supaya diberikan perhatian yang lebih," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini.
Anwar berkata ia turut melibatkan pemandu-pemandu teksi yang sudah lama memberikan sumbangan namun kadang-kadang ketinggalan dari sudut tekanan perubahan masa.
"Jadi kita harus berikan perhatian, termasuk OKU (orang kurang upaya), wanita dan warga emas, pesara, termasuk sebahagian daripada bekas-bekas banduan," katanya.
Anwar berkata beliau menghargai penat lelah semua pekerja di pelbagai peringkat termasuk dalam ekonomi gig.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pekerja Gig
#Anwar Ibrahim
#cuepacs
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan