awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat

PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI

Bernama
Bernama
09/02/2026
09:50 MYT
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Anwar berkata pertemuan dengan KSI juga menjadi ruang penting untuk memperkenalkan misi dan aspirasi badan bukan kerajaan itu dalam memperkukuh pembangunan negara. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Potensi kerjasama strategik yang selari dengan agenda Malaysia MADANI khususnya dalam pembinaan negara antara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan kepimpinan berintegriti serta kesejahteraan rakyat secara mampan.
"Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik di rantau Asia Pasifik," katanya dalam catatan itu.
Anwar berkata pertemuan dengan KSI juga menjadi ruang penting untuk memperkenalkan misi dan aspirasi badan bukan kerajaan itu dalam memperkukuh pembangunan negara melalui dialog dasar, pemikiran strategik dan inovasi.
"KSI memberi tumpuan kepada dialog dasar, pemikiran strategik serta penganjuran forum-forum ekonomi yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia Madani
#KSI Strategic Institute for Asia Pacific
#kerjasama strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.