awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar

Bernama
Bernama
20/03/2026
08:53 MYT
PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar
Anwar menyifatkan setiap kad yang diterima bukan sekadar ucapan, sebaliknya tanda ingatan tulus dan penuh kasih sayang, meskipun kecil pada rupa, namun besar maknanya buat beliau. - Foto FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada pelajar serta rakyat Malaysia atas kiriman kad ucapan kreatif bersempena dengan Aidilfitri yang akan disambut esok.
Menerusi hantaran video di Facebook rasminya hari ini, Anwar menyifatkan setiap kad yang diterima bukan sekadar ucapan, sebaliknya tanda ingatan tulus dan penuh kasih sayang, meskipun kecil pada rupa, namun besar maknanya buat beliau.
“Alhamdulillah, terharu betul saya apabila terima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti anak-anak, ada yang lukis, ada yang siap berlampu, memang kreatif habis!
“Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai! Salam lebaran buat semua,” kata beliau.
Melalui video berdurasi lebih tiga minit itu, Anwar turut membaca beberapa kad raya antaranya daripada Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya, Pahang, murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Talang, Negeri Sembilan selain ada yang dihantar secara kreatif walaupun sekadar menggunakan kertas biasa.
“Terima kasihlah. Hantar begini pun (guna kertas sahaja), pos hantar kat saya. Terima kasihlah Pejabat Pos,” katanya.
Pada akhir video, Perdana Menteri turut menasihati anak-anak agar tidak melupakan amalan memberikan salam, mencium tangan ibu bapa serta memohon ampun dan doa kesejahteraan daripada mereka pada pagi Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Aidilfitri
#kad raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan