awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
Hubungan rakyat dengan rakyat tonggak kerjasama Malaysia-India - Pesuruhjaya Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat

Bernama
Bernama
09/02/2026
10:50 MYT
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 1/2026 di Putrajaya hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap kementerian dan agensi mempertingkat serta mempercepatkan pelaksanaan keputusan yang dipersetujui bagi memastikan agenda digital dan kecerdasan buatan (AI) negara digerakkan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.
Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bil. 1/2026 di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata antara keutamaan yang dibincangkan ialah persiapan pelancaran Malaysia Digital 2030 (MD2030) pada April 2026 sebagai pemacu utama pelaksanaan agenda digital dan AI, selaras hasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara AI menjelang 2030.
"Mesyuarat turut menekankan usaha memperhebat pendaftaran MyDigital ID, khususnya bagi aplikasi-aplikasi kerajaan, di samping mewajibkan integrasi sistem baharu serta penyepaduan sistem sedia ada bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, bersepadu dan berteraskan keperluan rakyat.
"Turut menjadi agenda adalah pembentangan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Digital berkaitan Government Innovation Initiative (GII) yang berpotensi memberi impak besar kepada penambahbaikan sistem kesihatan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan turut mengambil maklum input daripada Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang menekankan pembangunan dasar AI berasaskan bakat tempatan merangkumi pelbagai sektor, selain memastikan peluang penyertaan inklusif kepada semua peringkat umur.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#agenda digital negara
#kecerdasan buatan
#AI
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan