awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abbas Araghchi puji pendirian tegas Islamabad sokong Tehran
BN perlu segera lantik penyelaras 115 kerusi Parlimen - Sivaraj
Serangan dron cetus kebakaran, operasi lapangan terbang Dubai tergendala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar puji Sivasangari julang Terbuka Australia

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
09:25 MYT
PM Anwar puji Sivasangari julang Terbuka Australia
Sivasangari muncul juara Australian Open Squash 2026 selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni dalam aksi final, pada Ahad. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh skuasy negara, S. Sivasangari atas kejayaan menjuarai kejohanan Australian Open Squash 2026 yang berlangsung di Brisbane, pada Ahad.
Anwar berkata kemenangan tersebut membuktikan keazaman dan disiplin tinggi atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.
“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan dunia sukan tanah air, malah menjadi bukti keazaman, disiplin dan semangat juang tinggi yang dimiliki atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
"Sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan di platform media sosial, pada Isnin.
Dalam kejohanan tersebut, Sivasangari muncul juara selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni dalam aksi final.
Terdahulu, pemain negara itu melangkah ke pentas akhir selepas menewaskan pemain kedudukan ke-12 dunia dari Belgium, Nele Gilis.
Kejayaan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Sivasangari sebagai antara pemain skuasy wanita terbaik dunia serta meneruskan tradisi kecemerlangan Malaysia dalam sukan tersebut.
Topic Berkaitan
#Australian Open Squash 2026
#S. Sivasangari
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan