awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia
Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar seru manfaatkan Ramadan dengan bantu rakyat yang terpinggir

Khalis Khadir
Khalis Khadir
27/02/2026
08:10 MYT
PM Anwar seru manfaatkan Ramadan dengan bantu rakyat yang terpinggir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pekan Kajang, hari ini. - Foto Bernama
Semua lapisan kepimpinan masyarakat dan jentera kerajaan perlu memanfaatkan bulan Ramadan ini bagi menyantuni golongan yang masih terpinggir daripada arus pembangunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif, masih terdapat kelompok kecil masyarakat yang tidak mendapat manfaat sepenuhnya bantuan itu.
"Kita jarang bicara soal mereka dan kita di semua peringkat agak sibuk dalam urusan masing-masing. Jadi saya nak ambil kesempatan ini menyeru semua jawatankuasa masjid, surau, guru besar, pengetua, ketua kampung serta pemimpin belia untuk tingkatkan amal kebajikan kita.
"Dari segi kerajaan, usaha-usaha ini kita tambah seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan pelarasan gaji. Jadikan Ramadan ini satu kesempatan untuk kita mengangkat martabat semua lapisan masyarakat dengan meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Kajang sebentar tadi.
Beliau berkata, Ramadan seharusnya dijadikan peluang terbaik untuk meringankan beban rakyat dengan mengenal pasti keluarga, warga emas dan pesakit di setiap pelosok kampung yang memerlukan bantuan segera.
Jelasnya, permintaan itu sekali gus turut melibatkan seluruh jentera kerajaan dan swasta terutama pihak hospital dan klinik agar bergerak secara menyeluruh.
Perdana Menteri berharap Ramadan dan Aidilfitri kali ini menjadi titik tolak kepada usaha lebih tersusun dalam membela kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Ramadan
#golongan terpinggir
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan