awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana

Bernama
Bernama
20/03/2026
09:26 MYT
PM Anwar seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai pada program santai akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di sini hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar menyambut Aidilfitri secara sederhana dan berhemah dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta ketidaktentuan global.

Beliau berkata meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tradisi penting masyarakat Islam di negara ini, rakyat disaran mengelakkan pembaziran dan mengutamakan keperluan asas.

“Memang kita mahu menyambut Aidilfitri, tetapi saya ingin menasihatkan supaya bersederhana. Jika kebiasaannya menyediakan tujuh jenis kuih, mungkin boleh dikurangkan kepada empat. Begitu juga dengan penyediaan ketupat, tidak perlu berlebihan.

“Kita perlu sentiasa beringat dan menyimpan sedikit sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini, hari ini.

Beliau berkata situasi global termasuk konflik antarabangsa memberi kesan kepada kestabilan ekonomi, khususnya membabitkan bekalan minyak dan gas.

“Tengok sahaja peperangan yang berlaku, ia memberi kesan kepada harga minyak dan gas. Kita masih mampu bertahan kerana pengurusan yang baik, namun rakyat perlu terus berwaspada dan berbelanja secara berhemah,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata amalan berjimat cermat penting bagi memastikan kestabilan kewangan isi rumah, terutama ketika berdepan kenaikan harga barangan akibat gangguan rantaian bekalan global.

Beliau yang dalam lawatan kerja singkat ke Pulau Pinang hari ini turut mengingatkan bahawa Ramadan seharusnya menjadi medan latihan untuk membentuk disiplin diri, termasuk dalam mengawal perbelanjaan.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri esok.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Aidilfitri
#sederhana
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan