awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-10, harap NADMA terus jadi benteng negara

Bernama
Bernama
01/10/2025
02:50 MYT
PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-10, harap NADMA terus jadi benteng negara
Setiap krisis membuktikan kesungguhan NADMA melindungi nyawa, harta benda dan kesejahteraan rakyat Malaysia, kata Anwar dalam video ucapan tahniah yang dimuat naik ke media sosial. - Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus maju sebagai benteng negara dalam pengurusan bencana demi Malaysia yang selamat, berdaya tahan dan sejahtera.
Anwar berkata, ulang tahun ke-10 agensi itu hari ini bukan sekadar tanda kejayaan, sebaliknya permulaan baharu untuk NADMA memperkukuh kesiapsiagaan, memanfaatkan teknologi serta memperhebat kerjasama dalam menghadapi cabaran masa depan.
"Hari ini, 1 Okt, genap 10 tahun NADMA berkhidmat dan berbakti kepada rakyat serta negara. Sepanjang sedekad, NADMA berada di barisan hadapan setiap kali bencana melanda -- banjir, tanah runtuh, jerebu hinggalah pandemik.
"Setiap krisis membuktikan kesungguhan NADMA melindungi nyawa, harta benda dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya dalam video ucapan tahniah yang dimuat naik ke media sosial.
Perdana Menteri turut menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia menghargai jasa serta pengorbanan warga NADMA selama ini.
Penubuhan NADMA bagi mengambil alih peranan agensi peneraju utama pengurusan bencana daripada Majlis Keselamatan Negara di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa diputuskan Jemaah Menteri susulan banjir besar ketika Monsun Timur Laut 2014/2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#NADMA
#ulang tahun ke-10
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan