awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar zahir dukacita konflik global berlarutan tanpa noktah

Bernama
Bernama
28/02/2026
23:37 MYT
PM Anwar zahir dukacita konflik global berlarutan tanpa noktah
Anwar ketika sesi ramah mesra secara santai bersama para pelajar pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, 28 Feb 2026. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap konflik global yang masih berlarutan dan menyifatkannya sebagai menguji keamanan sejagat.
Beliau berkata penderitaan rakyat Gaza di Palestin masih belum selesai namun dunia kini sekali lagi dikejutkan dengan ketegangan baharu iaitu serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.
“Apa yang berlaku hari ini yang sangat mengganggu ketenangan saya iaitu masalah Gaza belum selesai. Kita makan tetapi ada yang masih kebuluran di sana. (Kini) terbeban lagi dengan keputusan Israel dengan sekutu AS menyerang Iran hari ini.
“Kalau belum kita dapat belajar erti perpaduan dan akhlak yang baik, saya tidak tahu apa lagi, jarang sekali dalam sejarah manusia begitu banyak tragedi yang menimpa umat yang terus berlaku di depan mata kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kompleks Seri Perdana semalam.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta lebih 300 warga kedua-dua kementerian.
Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai “serangan awal” terhadap musuh ketatnya bagi “menghapuskan ancaman”.
Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Israel serang Iran
#perpaduan
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan