awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2024
07:19 MYT
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Anwar mengarahkan Khazanah Nasional Berhad melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta, baru-baru ini.- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengarahkan Khazanah Nasional Berhad melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta.
  • Arahan ini selaras dengan pengumuman sebelumnya untuk Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab mereka.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan tersebut, dengan jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

Ia selaras pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing.
"Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.
"Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing," katanya di akaun media sosial X.
Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini. Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 2, 2024
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahu pun swasta.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, suruhanjaya itu telah memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Beliau memaklumkan SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan tersebut dan memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional.
Topic Berkaitan
#GLC
#Anwar Ibrahim
#SPRM
#Khazanah
#PNB
#FashionValet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan