awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2025
09:45 MYT
PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkatkan bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkatkan untuk mengelakkan kenaikan harga yang tidak wajar.
  • KPDN diarahkan untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Ops Pantau 2025, serta memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
  • Perdana Menteri juga mahu strategi intervensi dilaksanakan segera bersama KPKM jika terdapat gangguan bekalan, dan memastikan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, perkara tersebut antara disentuh ketika pertemuan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali hari ini, bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan kos sara hidup rakyat.
Dia menambah, Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.
"Beliau juga mengarahkan supaya ditingkatkan kekerapan Program Jualan Rahmah Madani sepanjang bulan Ramadan dan menjelang bulan Syawal.
"Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi Ops Pantau 2025.
"Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi," kata Tunku Nashrul dalam Taklimat Harian oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.
Dalam pada itu, Tunku Nashrul memaklumkan Perdana Menteri mahu strategi intervensi dilaksana segera bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), sekiranya terdapat gangguan bekalan.
Perdana Menteri turut menambah, bahawa KPDN perlu lebih tegas dalam memastikan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan, termasuk bagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang akan diumumkan kelak.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Armizan Mohd Ali
#Bazar Ramadan
#Makanan Bazar Ramadan
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan