awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bakal membuat lawatan ke Gaza

AFP
AFP
21/01/2013
09:14 MYT
PM bakal membuat lawatan ke Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat lawatan ke Gaza minggu ini, dimana lawatan ini dianggap sebagai lawatan yang jarang dilakukan oleh pemimpin asing ke wilayah Palestin yang daif.
Menurut seorang pembantu kepada Perdana Menteri yang tidak mahu dikenali, Najib akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dan beberapa pegawai lain untuk lawatan satu hari itu pada hari Selasa.
Pembantu tersebut enggan memberi butiran lanjut atau tujuan lawatan tersebut dengan mengatakan kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada hari Isnin.
Di Gaza, pegawai rasmi memberitahu bahawa Najib akan tiba dari Mesir melalui sempadan lintasan Rafah dan akan berjumpa dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniya sebelum mengadakan satu siding akhbar bersama.
Lawatan ini turut meliputi lawatan ke hospital Shifa yang terletak di bandar utama Gaza serta bangunan parlimen di sana.
Semasa konflik di Gaza November lepas, Najib menggesa kuasa-kuasa antarabangsa untuk memastikan Israel memberhentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.
Perdana Menteri turut mengatakan bahawa Malaysia amat prihatin dengan krisis ini dan sedia membantu dalam bentuk apa sekali pun. Beliau turut menggesa Hamas iaitu gerakan Islam yang memerintah Gaza supaya mengelakkan diri daripada membuat tindakan yang akan menyebabkan konflik ini bertambah buruk.
Satu gencatan senjata antara Israel dan Hamas menamatkan pertelingkahan pada 14 hingga 21 Novmber lalu aygn menyebabkan 177 rakyat Palestin terbunuh termasuk 100 orang awam, enam penduduk Israel, empat orang awam dan dua tentera.
Emir Qatar, Sheikh Hamid Khalifa al-Thani membuat lawatan mercu tanda pada Oktober lepas ke Gaza dimana ia merupakan lawatan pertama oleh seorang pemimpin negara sejak Hamas mengambil alih wilayah itu pada 2007.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Gaza
#lawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan