awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan

Bernama
Bernama
19/03/2024
15:28 MYT
PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau Kompleks Seri Perdana di sini.
Hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Majlis ini turut meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.
Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Beliau dan isteri bersama lebih 200 jemaah juga mengikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak yatim
#hal ehwal islam
#solat Maghrib
#para agamawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan