awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri ucap selamat Hari Malaysia, mahu sambutan jadi pemangkin perpaduan rakyat

Bernama
Bernama
16/09/2022
02:31 MYT
PM Ismail Sabri ucap selamat Hari Malaysia, mahu sambutan jadi pemangkin perpaduan rakyat
Perdana Menteri mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua berada. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tanggal keramat 16 Sept sempena Hari Malaysia hari ini wajar dijadikan titik tolak bagi menyemarakkan lagi perpaduan, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sesama rakyat negara berteraskan nilai Keluarga Malaysia.
Dalam ucapan ringkas sempena hari memperingati pembentukan Malaysia, Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada... Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia - Teguh Bersama!," katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri dijadual menghadiri dan memberi ucapan pada sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka malam ini.
Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Hari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan