awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM mahu 2026 jadi tahun perteguh tekad reformasi Ekonomi MADANI

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/02/2026
06:32 MYT
PM mahu 2026 jadi tahun perteguh tekad reformasi Ekonomi MADANI
Anwar berkata adalah penting untuk Malaysia terus menggalakkan aktiviti ekonomi bernilai tambah lebih tinggi, membasmi rasuah, meningkatkan kemaslahatan hidup rakyat serta menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tahun 2026 perlu dijadikan tahun untuk memperteguh tekad negara sekali gus kekal dalam landasan pembaharuan Ekonomi MADANI.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata adalah penting untuk Malaysia terus menggalakkan aktiviti ekonomi bernilai tambah lebih tinggi, membasmi rasuah, meningkatkan kemaslahatan hidup rakyat serta menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan.
Menurutnya, meskipun kerajaan mengiktiraf kemajuan yang dicapai setakat ini, negara tidak boleh leka terutama ketika berdepan rintangan global dan ketegangan perdagangan yang semakin meruncing.
Kenyataan itu dibuat susulan prestasi kukuh ekonomi negara apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 berkembang 6.3 peratus, sekali gus mendorong pertumbuhan keseluruhan tahun 2025 kepada 5.2 peratus, melepasi unjuran rasmi kerajaan antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus.
Beliau berkata pelaksanaan rangka kerja dasar yang jelas di bawah Ekonomi MADANI serta pembaharuan berterusan sepanjang tiga tahun pentadbiran telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
“Ini dicerminkan dalam pengukuhan ringgit sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, peningkatan pelaburan langsung dan pencapaian paras tertinggi FTSE Bursa Malaysia KLCI dalam tempoh tujuh tahun,” katanya menerusi kenyataan media dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.
Dalam pada itu, kerajaan turut mencatat defisit fiskal lebih rendah bagi dua tahun berturut-turut pada 3.7 peratus pada 2025 berbanding unjuran awal 3.8 peratus, manakala kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus dan inflasi kekal rendah pada 1.4 peratus.
Kementerian Kewangan memaklumkan Belanjawan 2026 akan meletakkan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13, 2026–2030, selari dengan usaha memastikan pertumbuhan ekonomi lebih inklusif dan mampan.
Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#Kerajaan Madani
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan