awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib akui kekuatan NGO sebagai kuasa ketiga bantu pembangunan

Bernama
Bernama
28/01/2018
13:24 MYT
PM Najib akui kekuatan NGO sebagai kuasa ketiga bantu pembangunan
PM NAJIB: NGO boleh menjadi satu kumpulan yang mempengaruhi rakan ataupun dipanggil 'opinion leaders'. - Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui peranan badan bukan kerajaan (NGO) yang sekali gus menjadi 'kuasa ketiga' dalam membantu membangunkan negara.
Najib berkata beliau mempunyai impiannya yang tersendiri dalam membangunkan Malaysia sebagai negara kelas pertama, dan tidak berasa keseorangan dalam mencorak masa depan negara hasil sokongan padu yang ditunjukkan NGO selama ini.
"NGO boleh menjadi satu kumpulan yang mempengaruhi rakan ataupun dipanggil 'opinion leaders'. Mereka boleh menggerakkan perubahan di peringkat akar umbi kerana sebagai kerajaan, kita tak dapat melakukan segala-galanya.
"Dengan NGO sebagai kuasa ketiga, maka kerajaan akan bertambah gagah, kuat dan berkesan," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,500 anggota NGO yang mewakili setiap komposisi kaum di Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat dan Pengerusi Majlis NGO Kelantan Datuk Abdul Aziz Derashid.
Topic Berkaitan
#Badan Bukan Kerajaan
#kuasa ketiga
#masa depan
#Najib Razak
#negara
#NGO
#rakat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan