awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib umum stadium pertama PDRM

Bernama
Bernama
25/03/2017
08:06 MYT
PM Najib umum stadium pertama PDRM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memakaikan pangkat kepada anggota polis sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini. - Foto BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan pembinaan sebuah stadium di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini.
Perdana Menteri berkata pembinaan stadium pertama PDRM yang berkapasiti 35,000 penonton itu adalah untuk memantapkan lagi mutu pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Stadium tersebut dibina melalui pertukaran tanah di tapak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di PULAPOL Kuala Lumpur.
"Semoga pasukan bola sepak PDRM akan lebih berjaya pada masa hadapan dengan pembinaan stadium tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di PULAPOL Kuala Lumpur.
Juga, Najib mengumumkan pembinaan bangunan baharu pusat Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM bernilai RM100 juta di Semenyih, Selangor.
"Pusat untuk UTK yang selama ini berada dalam bangunan yang agak lama di Bukit Aman akan mendapat bangunan lebih canggih di Semenyih," katanya.
Kedua-dua projek tersebut akan mula dibina dalam masa terdekat setelah penyerahan tender dilaksanakan.
Selain itu, Najib mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis.
Tabung yang dilancarkan hari ini bertujuan menjaga kebajikan anggota polis yang telah bersara atau berhenti serta anggota keluarga mereka.
Dalam pada itu, Najib turut melancarkan Buku Coffee Table Pasukan F 'Hanya Yang Berani', yang menceritakan kembali kehandalan Pasukan F Cawangan Khas melaksanakan operasi perisikan sulit membanteras gerakan bawah tanah Parti Komunis Malaya di negara ini.
Penerbitan buku itu adalah sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Pasukan F menumpaskan Parti Komunis Malaya yang selama ini tidak diketahui ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#PULAPOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan