awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sembah tahniah kepada Sultan Muhammad V dipilih Agong ke-15

Bernama
Bernama
14/10/2016
11:13 MYT
PM sembah tahniah kepada Sultan Muhammad V dipilih Agong ke-15
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong baharu oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini, hari ini.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, patik ingin menyembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Al-Sultan Negeri Kelantan Darul Naim atas pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV oleh Majlis Raja-Raja untuk tempoh lima tahun bermula 13 Dis 2016," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau turut menyembah tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Katanya kedua-dua pemilihan itu selaras dengan Sistem Raja Berperlembagaan Persekutuan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara berasaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
Menurutnya proses itu membuktikan keutuhan merentasi masa sistem pemerintahan negara yang dibina hasil semangat musyawarah serta kebajikan Bapa-bapa Pengasas Negara yang diterajui Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Patik dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri serta anggota pentadbiran lain percaya bahawa negara akan terus bertambah makmur dan maju di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V," kata beliau. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Yang di-Pertuan Agong
#YDP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan