awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura Lawrence Wong tiba malam ini untuk Sidang Kemuncak ASEAN

Bernama
Bernama
25/05/2025
14:44 MYT
PM Singapura Lawrence Wong tiba malam ini untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Sebaik tiba, Wong memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 anggota termasuk pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat). - Bernama
SEPANG: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong tiba di sini hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan, yang akan bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Wong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.57 malam dengan penerbangan komersial, disambut mesra di Kompleks Bunga Raya oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Sebaik tiba, Wong memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 anggota termasuk pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini, berserta dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung-julung kalinya.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", edisi tahun ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Singapura
#Lawrence Wong
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Kuala Lumpur
#ASEAN2025
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan