awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir lumpur landa Cameron Highlands
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Korea Selatan, India setuju kerjasama rantaian bekalan tenaga susulan perang Asia Barat

PM terima kunjungan Presiden OCA, fokus perkasa MOM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/04/2026
10:09 MYT
PM terima kunjungan Presiden OCA, fokus perkasa MOM
Dalam pertemuan itu, Anwar Ibrahim berkata perbincangan menjurus kepada usaha dan inisiatif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam memperkukuh Gerakan Olimpik di negara ini. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Joaan Hamad Al Thani, di pejabatnya pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata perbincangan menjurus kepada usaha dan inisiatif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam memperkukuh Gerakan Olimpik di negara ini agar terus selari dengan kerangka kerjasama strategik bersama Majlis Olimpik Asia.

"Tumpuan perbincangan menjurus kepada usaha dan inisiatif Majlis Olimpik Malaysia dalam memperkukuh Gerakan Olimpik di negara ini agar terus selari dengan kerangka kerjasama strategik bersama Majlis Olimpik Asia," katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini pada Isnin.

Selain itu, Anwar berkata, dalam konteks perancangan jangka panjang, perbincangan turut menyentuh aspek penganjuran temasya sukan utama termasuk Sukan Pantai, Sukan Belia dan Sukan Asia bagi tahun 2029.

"Segala persiapan dan hala tuju akan dirangka secara kolektif bersama negara-negara anggota di bawah naungan Majlis Olimpik Asia bagi memastikan penganjuran temasya sukan berprestij itu dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh negara tuan rumah kelak," katanya.

Pertemuan turut dihadiri delegasi dari MOM.

Topic Berkaitan
#Olimpik
#MOM
#majlis olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.