awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand Anutin akan lakukan lawatan rasmi ke Malaysia untuk perkukuh kerjasama dua hala

Bernama
Bernama
24/11/2025
13:18 MYT
PM Thailand Anutin akan lakukan lawatan rasmi ke Malaysia untuk perkukuh kerjasama dua hala
Anutin dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan kaedah meningkatkan lagi kerjasama. - Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Rabu ini bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand berkata Anutin dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan kaedah meningkatkan lagi kerjasama Thailand-Malaysia.
"Kedua-dua Perdana Menteri akan bermesyuarat untuk memperdalam kerjasama, khususnya dalam pembangunan kawasan sempadan, keselamatan sempadan, kesalinghubungan pengangkutan, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, keselamatan makanan serta industri masa depan," menurut kementerian itu pada Isnin.
Kementerian itu berkata kedua-dua pemimpin akan turut membincangkan usaha memperkukuh keupayaan ASEAN menangani cabaran global, berasaskan hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung bulan lepas di Malaysia.
Pada 25 Okt, Anutin, yang dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 pada September, telah melakukan lawatan pertama beliau ke Malaysia untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anutin Charnvirakul
#Thailand
#lawatan rasmi
#kerjasama
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan