awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand tiba di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Bernama
Bernama
25/05/2025
14:44 MYT
PM Thailand tiba di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46
Pesawat khas yang membawa Paetongtarn dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam. - Bernama
SEPANG: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di sini malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan yang akan bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pesawat khas yang membawa Paetongtarn dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam.
Mereka disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Perdana Menteri Thailand kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 anggota termasuk pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini, berserta dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung-julung kalinya.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", edisi tahun ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Thailand, anggota pengasas ASEAN, secara konsisten mengutamakan integrasi ekonomi, meningkatkan kesalinghubungan dan kestabilan serantau dalam agenda pertubuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Thailand
#Paetongtarn Shinawatra
#KLIA
#Malaysia
#Sidang Kemuncak ASEAN
#ASEAN2025
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan